Kadang-kadang orang memberi nasihat kepada, kita boleh expect apa nasihat yang akan kita dapat. Sebagai contoh orang yang baru putus cinta, bila dia meluahkan pada orang lain, jawapan common yang mungkin akan keluar ialah;
''ala, mungkin ni bukan jodoh ko''
''mungkin semua yang berlaku ini ada hikmahny''
''mungkin kau akan jumpa yang lebih baik dari dia, sabarlah''
''rilek lah, banyak lagi lelaki/perempuan lain''
Dan banyak lagilah. Kadang-kadang sedikit pun nasihat sebgitu tidak meredakan rasa kecewa marah ataupun sebagainya. Sebab kita dah 'expect' benda tu, mungkin juga disebabkan oleh orang yang memberi nasihat tersebut.
Cuba bayangkan, tiba-tiba kakak kita atau sesiapa sahaj yang jarang bercakap dengan kita, yang jarang mendengar masalah kita tapi sangat rapat dengan mereka. Kita meluahkan dengan mereka, dan satu ayat je yang mereka keluarkan, walaupun ayat tu sangat lah biasa kita dengar, tapi amat memberi kesan mendalam. Segera menusuk ke hati. sebagai contoh, kita ambik kes tadi;
"Ala, kau masih muda lagi, rilek la, nanti jumpa la orang lain"
Walaupun ayat tu biasa je, dan lebih kurang konteks ayat sebelum ni, tapi bila dituturkan oleh orang yang sangat bermakna bagi kita, memang akan memberi makna dan sangat menusuk hingga ke akar hati kita.
Samalah juga kesnya bila orang lain ucapkan 'goodluck' untuk exam anda, anda akan terasa biasa bila kebanyakan orang yang mengucapkannya dan bila dituturkan oleh orang yang special dalam hidup anda sebgai contoh mak, ayah, awek dan siapa-siap sahaja dalam hati kita yang special, benda tu akan memberi makna lain daripda ucapan yang lain
Tu je la nak kongsi pada kali ni.
Salam
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment