Kadang-kadang tempat yang menjadi pilihan ibu kucing tu ialah almari baju kita. Kita sedaya upaya halang kucing tu untuk membawa anaknya ke sana ke mari, selain bimbangkan keselamatan anak tersebut, bimbang juga tempat tidur kita , alamari, dan lain-lain tempat di dalam rumah menjadi tempat kucing tersebut meletakkan anak.
Kita terfikir , kenapalah ibu kucing tu nak sangat pindah-pindah tempat. Kesian anak kucing tu, kadang-kadang ada yang mati sebab dah lama sangat ibu kucing tu kendong guna mulut dia. Kadang-kadang ada yang dah sampai luka leher anak kucing tu.
Tapi, tahukah anda bahawa ibu kucing tu ada sebab kenapa berbuat demikian. Ianya disebabkan, apabila tempat ibu kcuing itu telah digunakan selama 2-3 hari, tempat itu akan menjadi kotor dek najis-najis anak-anak kucing yang baru lahir itu. Naluri si ibu kcuing, inginkan kebersihan yang terbaik buat anak-anaknya, maka si ibu kucing mencari tempat yang baru yang lebih bersih.
So, kesimpulannya, ibu kucing bukannya saja-saja nak kendong anak-anaknya yang baru lahir tu ke sana ke mari, tapi disebabkan ianya hendak mencari tempat baru yang lebih bersih.Maka, kita sebagai tuan kucing kenalah faham benda ni, dan sentiasalah sediakan tempat yang bersih untuk kucing yang baru melahirkan anak.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment