Ada apa nombor 4 bagi orang Cina?

on Monday 30 January 2012

Rasa-rasa kebanyakan dah sedia maklum yang orang-orang berbangsa cina percaya bahawa setiap nombor ada makna tertentu dan memainkan peranan yang penting dalam hidup seseorang.

Teringat masa pertama kali datang ke bangunan tempat aku kuliah. Masa naik lif,rasa pelik dengan nombor tingkat dalam lif tu. 1,2,3,3A...12,13,14A..

Mula-mula memang tak sedar lagi, dah beberapa bulan kat sana baru sedar yang bangunan tu tak ada tingkat yang bernombor 4. Walaupun secara realitinya memang ada.

Memang ketara la yang bangunan tu hak milik orang cina. Mereka percaya yang nombor 4 ini membawa sial yang bermaksud MATI.


Teringat masa lepak dengan kawan-kawan haritu. Sorang kawan cerita, masa dia tengah jalan-jalan dengan kawan dia, ternampak satu kereta mewah kepunyaan cina. Nombor flat kereta tu 8884.

Kawan tadi pelik kenapa Cina ni still guna nombor 4 padahal mereka percaya yang nombor 4 tu maksudnya mati tapi nombor 8 tu maksudnya Kaya.

Mereka pun ambil langkah berani tanya cina tu;

"Waa, kenapa guna nombor 4 dekat kereta u?Bukan tu maksud dia mati ka?"

"Memang la maksud dia mati, tapi ni nombor 8884. 8 tu maksud dia kaya" jawab laki cina tu.

"So, maksud dia apa?"

" Ini maksud dia kaya sampai mati!"

Hebat sungguh..

 Kalau menurut islam pula sah-sah la memang benda ni tidak ada dalam islam dan kita dilarang untuk mempercayainya.

Tag :

Bagaimana Erti Sahabat Yang Sebenar

Setiap orang ada pengertian apa itu erti sahabat yang sebenar. Ada yang menganggap sahabat merupakan  seseorang yang sentiasa gembira bila bersama. Yang sentiasa ketawa bergurau senda.

Ada juga yang menganggap sahabat ini amat payah untuk dicari kerana mereka berpendapat sahabat yang ketawa senang untuk dicari tetapi sahabat ketika kita berduka amat payah di cari.

Itu pengertian sahabat bagi kebanyakan orang.


Teringat minggu lepas, masa lepak di berandah rumah. Di depan rumah ada tempat untuk membasuh kain dan kadang-kadang digunakan untuk mandi.

Kawan adik aku datang rumah dan mandi sama-sama dengan adik aku. AKu tidak pelik sebab kawan adik aku tu memang selalu lepak di rumah aku.

Aku baru sedar, sambil mandi tu, aku tengok kawan adik tadi tengah basuh kasut sekolah. Aku pun pelik la, takkan tak basuh di rumah sendiri. Aku tanya dia;

"siapa punya kasut tu?"

Selamba je dia jawab, kasut tu adik aku punya. Waa, terkejut aku, sanggup dia basuhkan kasut adik aku. Aku tanya adik aku samada dia yang suruh basuh. Dia cakap bukan. Memang volunteer.. :)

Susah kan nak cari kawan yang macam tu? Sampai siap basuhkan kasut sekolah.
Tag :

Kata-kata goodluck dari awek lagi berkesan?

on Friday 27 January 2012

Assalamualikum. Tajuk panjang sangat kali ini. Tak tahu nak letak tajuk apa. Tapi segala-galanya telah terluah dalam tajuk di atas. Tinggal menunggu untuk dihuraikan dalam ruangan isi ini.(edit;tajuk dah diedit.hehehe)

 Kadang-kadang orang memberi nasihat kepada, kita boleh expect apa nasihat yang akan kita dapat. Sebagai contoh orang yang baru putus cinta, bila dia meluahkan pada orang lain, jawapan common yang mungkin akan keluar ialah;

''ala, mungkin ni bukan jodoh ko''
''mungkin semua yang berlaku ini ada hikmahny''
''mungkin kau akan jumpa yang lebih baik dari dia, sabarlah''
''rilek lah, banyak lagi lelaki/perempuan lain''

Dan banyak lagilah. Kadang-kadang sedikit pun nasihat sebgitu tidak meredakan rasa kecewa marah ataupun sebagainya. Sebab kita dah 'expect' benda tu, mungkin juga disebabkan oleh orang yang memberi nasihat tersebut.



Cuba bayangkan, tiba-tiba kakak kita atau sesiapa sahaj yang jarang bercakap dengan kita, yang jarang mendengar masalah  kita tapi sangat rapat dengan mereka. Kita meluahkan dengan mereka, dan satu ayat je yang mereka keluarkan, walaupun ayat tu sangat lah biasa kita dengar, tapi amat memberi kesan mendalam. Segera menusuk ke hati. sebagai contoh, kita ambik  kes tadi;

"Ala, kau masih muda lagi, rilek la, nanti jumpa la orang lain"

Walaupun ayat tu biasa je, dan lebih kurang konteks ayat sebelum ni, tapi bila dituturkan oleh orang yang sangat bermakna bagi kita, memang akan memberi makna dan sangat menusuk hingga ke akar hati kita.

Samalah juga kesnya bila orang lain ucapkan 'goodluck' untuk exam anda, anda akan terasa biasa bila kebanyakan orang yang mengucapkannya dan bila dituturkan oleh orang yang special dalam hidup anda sebgai contoh mak, ayah,  awek dan siapa-siap sahaja dalam hati kita yang special, benda tu akan memberi makna lain daripda ucapan yang lain

Tu je la nak kongsi pada kali ni.

Salam
Tag :

Mengucapkan kata-kata marah kepada orang lain

on Saturday 21 January 2012


Rasa marah, kecewa oleh orang lain. Biasalah tu hidup di dunia ni kan. Kalau tiada rasa tu bukan manusia namanya kan.

Setiap orang bila rasa dikecewakan, ada yang bertindak dengan mengherdik, memarahi, mengeluarkan kata-kata yang tidak enak kepada orang tersebut. Ada juga yang dapat mengawal perasaan itu, dengan hanya memendamnya sahaja.

Bagi aku sendiri, bila  timbul perasaan tu, aku tidak sanggup untuk mengeluarkan apa kata-kata. Lebih-lebih lagi bila orang tu orang yg kita sayang. Bila benda tu dah terjadi, jadilah kita nak marah memang benda tu tak kan berubah kan.

Aku akui, cakap memanglah senang kan, tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.

 Tapi tak apa, sekurang-kurangnya mulut kita yang bercakap benda tu, lama kelamaan hati kita dengar apa yang kita cakap, dan insyaAllah hati akan terdidik dengan apa yang dituturkan.

Wallahualam.


Tag :

Siapa yang paling layak untuk kita berbuat kebaikan

on Wednesday 18 January 2012

Jika ditanya kepada kita, siapakah orang yang paling layak untuk kita berbuat kebaikan? Adakah kawan kita? Kekasih, rakan sekelas? rakan sekuliah dan sebgainya?

Nabi SAW bersabda;
Seorang datang berjumpa Rasulullah saw. dan bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk saya berbuat baik? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab : Bapamu. (HR Muslim No.4621)

Hadis di atas jelas menyatakan bahawa orang yang paling layak untuk kita berbuat ialah Ibu kita sendir. Sehingga tiga kali nabi mengulanginya barulah diikuti dengan ayah.

Maka, sempena cuti semester kali ni, tertamnya bagi semua mahasiswa semua, jom manfaatkan cuti ni untuk berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa kita. Bantu mereka apa yang patut, selalulah mengembirakan mereka. Jika tidak mampu memgembirakan, janganlah menyusahkan mereka.

Bagi mereka yang ibu bapa telah pun dijemput memenui illahi, kita masih lagi boleh berbuat kebaikan kepada mereka. jadilah anak yang soleh. Ini kerana, bila seseorang itu menemui ajal, anak soleh merupakan aset kepada ibu bapa kita. InsyaAllah selagi mana kita berbuat kebaikan, ibu bapa kita akan turut sama mendapat pahala tersebut.

Wallhualam

Tag :

Buli kakak tanda sayang


Beberapa hari lepas, kakak telefon minta belikan roti yang ada kat KL ni. Sebab dia suka sangat makan. Biasalah, roti macam tu memang tak ada kat sabah. kalau ada pun mesti mahal.

Hari ni aku balik sabah, sampai di LCCT aku terus pergi ke kedai yang menjual roti tu. Aku main ambik je roti-roti yang ada kat situ.

Sampai kat kaunter, cashier kira, RM 21.00. Pehh, terer jugak aku boleh agak tepat-tepat RM 21.00.. heheh..

Lepas tu, aku telefon akak , bagitahu yang aku dah beli roti tu;

"Aku suda beli bun ni, semua RM 21"

"hah?banyaknya kau beli, macamana aku mau bayar?"

" tidak payah bayar, aku belanja"

"betul??ahah, ok. thank you"

" tapi ada syarat,  kau kena buatkan aku air satu bulan aku cuti di rumah nanti, buatkan aku air teh"

"ahah, bole baaa."

     Apa yang boleh aku cakap, ada kakak sangat-sangatlah best. hehe

Rasululah SAW bersabda;

paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.


Tag :

Hati Ini Kuat Untuk Berubah tapi...

Lumrah setiap manusia itu inginkan perubahan dalam hidup daripada yang tak baik menjadi baik dan daripada baik menjadi lebih baik.

Sejahat-jahat orang pun, paling kurang mesti pernah terdetik dalam hati kecil mereka untuk berubah. Memang itu fitrah manusia inginkan kebaikan.

Jika sebelum ini solatnya selalu tinggal ingin berubah untuk penuhkan solat 5 waktu, jika sebelum ini selalu meguumpat ingin berhenti melakukannnya. Jika sebelum ini suka menyakitkan hati orang, ingin berhenti. Jika sebelum ini suka bercakap perkara sia-sia maka cuba untuk berhenti.

Tetapi,seringkali cuba untuk berubah, tapi tetap gagal juga. Dah berapa kali mencuba tetap gagal dan gagal. 

Apa sebab kita gagal untuk berubah? Antara salah satu sebabnya ialah, kita tidak merasa keberadaan Allah semasa kita menjalankan proses perubahan. Sedangkan Allah berfirman dalam surah An-nahl ayat 128;

sesungguhnya Allah berserta org yg bertakwa, dan org yg berusaha memperbaiki amalannya: (al Nahl: 128)
Jadikan ayat tersebut sebagai motivasi kita, ayat tersebut jelas meneragkan bahawa Allah akan bersama dengan orang yang memperbaiki amalannya, dalam erti kata lain Allah bersama dengan orang yang ingin berubah ke arah kebaikan.

Bila kita ingin berubah,  tanam sungguh-sungguh dalam hati kita bahawa Allah sentiasa bersama kita.

Ya, Allah bersama kita. Set dalam minda kita. Nescaya lepas ini, jika kita ingin berubah, kita akan ada kekuatan untuk melakukannya. InsyaAllah.


Tag :

Hanya Kepada Allah tempat Kita berharap

on Tuesday 17 January 2012


Rasa kecewa itu lumrah seorang manusia di muka bumi ini. Rasa kecewa kerana gagal dalam ujian, kecewa gagal dalam peperiksaan, rasa kecewa kerana tidak dihargai, rasa kecewa kerana ditinggalkan dan banyak lagi lah penyebab rasa kecewa ini.

Ada yang menghadapi rasa kecewa ini dengan bermacam-macam cara. Tapi, tahukah bagaimana untuk mengurangkan rasa kecewa yang teramat sangat?

Allah berfirman dalam surah al-insyirah ayat 8;
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
Allah berfirman hanya kepada Dia sahaja lah tempat kita berharap.

Lebih baik berharap kepada Allah, daripada berharap kepada makhlukNya, kerana semua makhluk di muka bumi ini tidak sempurna.

Apabila kita menruhkan sepenuh harapan kepada Allah, nescaya, rasa kecewa tidak sama dengan rasa kecewa bila kita menaruh harapan pada makhluk.

Sebagai contoh, apabila kita menaruh harapan kepada seseorang moga dia menjadi jodoh kita, bila dia tidak dapat memenuhi kehendak kita, maka kita akan berasa kecewa yang teramat sangat.

Cara alternatif yang kita boleh lakukan ialah dengan menaruh harapan pada orang tersebut sesuai dengan kemampuannya, dan letakkan sepenuh harapan pada Allah. Nescaya Allah akan beri yang terbaik untuk hambanya.

InsyaAllah..
Tag :

Minggu Peperiksaan Sudah Berakhir


Dengan selesainya kertas Farmakologi  Am tadi maka selesailah sudah minggu peperiksaan untuk semester ini dan berakhirnya la juga semester ini.

Jika diteliti, semester ni banyak sangat mengajar aku erti hidup, erti kawan, erti rasa disayangi dan menyanygi. Semester ni amat lain berbanding semester-semester sebelum ni yang pernah aku lalui.

Ya Tuhanku, hanya kepada Mu aku berharap, kerana aku tahu sebaik-baik tempat untuk berharap hanya kepada Mu Ya Allah
       
 dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.(alinsyirah:8)
Moga-moga cuti semester yang akan datang ni membawa seribu manfaat untuk kita semua. Aku minta maaf kepada semua.
Tag :

Ikhlas membantu tidak mengharap Balasan

on Saturday 14 January 2012


Ikhlas merupakan satu cabang dalam iman. Lain orang lain pengertian ikhlas merkea.
 Begitu juga lah aku sendiri, ikhlas apa yang aku faham ialah apabila kita melakukan sesuatu, kita tidak mengharapkan apa-apa balasan dan bukannya melakukannya dalam keadaan terpaksa.

Kadang-kadang dalam kehidupan seharian, apabila kita menolong seseorang hati kita memang ikhlas melakukannya, tapi terdetik juga di hati kita untuk mendapat sedikit peghargaan hasil usaha pertolongan kita itu, paling kurang pun mendapat ucapan 'terima kasih'.

Perasaan untuk mendapat peghargaan itu bukanlah bermaksud kita tidak ikhlas, tapi itu merupakan lumrah seorang manusia, fitrah manusia yang inginkan peghargaan.

Berbeza jika kita inginkan balasan, ialah sebagai contoh kita baru membaiki laptop kawan kita, dan kita nak dia belanja kita lepas dah baiki. itu dah dikira sebagai mengharap balasan kan?

So, kesimpulannya, dalam hidup ni,bila kita memberi jangan kita harapkan balasan. Kerana makhluk tidak berhak untuk membalas amal kebaikan kita, biar Allah sahaja yang membalasnya.
Tag :

Bila Kita RIndu seseorang tu, maksudnya dia pun rindu kita?

Aku selalu dengar mak aku cakap, kalau kita rindu seseorang tu, maksudnya orang tu pun rindu kita. Bila mak aku pergi satu tempat, contohnya ziarah kampung, dia akan pesan jangan rindu-rindu, nanti dia akan rindu balik.

Sejauh mana betulnya benda tu , aku pun tak dapat nak pastikan. Hinggalah aku terjumpa kawan-kawan post dekat status facebook mereka;


 Tak tahulah kalau fakta psikologi tu saja-saja dibuat atau tidak. Kalau betul, maksudnya betul lah apa yang mak aku cakap.

Mak aku bukannya orang terpelajar pun, dia tak pernah pergi mana-mana sekolah. Tapi mungkin dia belajar benda ni dari pengalaman dia.

Maksudnya, bukan semua benda kita boleh belajar dari buku-buku, dari pensyarah. mahupun internet, dan lain-lain. Kadang-kadang, pelajaran yang paling bermakana adalah apabila kita belajar dari pengalaman.

P/s: aku tulis benda ni sebab aku teringat kat mak aku, maksudnya? Mak aku pun tengah teringatkan aku la tu kan? hehe. I Love U.
Tag :

Allah Tunjukkan Rasa Sayang Dengan Situasi yang berbeza-beza

on Wednesday 11 January 2012


Di musin exam ni, dah lama tak dapat bangun sebelum subuh. Iya, mungkin disebabkan sibuk mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam dan tidur pun lewat.Biasalah lumrah seorang pelajar universiti, apabila esok ada paper, malam tu baru nak pulun sampai habis.

Tetapi pagi ni, tiba-tiba je aku dapat bangun sebelum subuh, nak tahu sebab apa? Sebab sakit perut yang teramat sangat. Agaknya sebab perut masuk angin kot disebbkan oleh kipas berkelajuan '3'.

Lepas dah bangun tu, tiba-tiba terbisik dalam hati, "Ya Allah kenapa tiba-tiba sakit pulak perut time-time hari ada exam ni."

dan, directly lepas tu juga tiba-tiba aku mendapat jawapan dari pertanyaan hati aku tadi, "Oh, Allah nak bagi bangun sebelum subuh ni, sebelum ni dah pasang alarm kunci sebelum subuh, tetap tak bangun juga, tapi bila sakit perut ni cepat je bangun." Sungguh 'sweet' Allah membangunkan hambanya ini, dia bangunkan dengan perut yang sakit. Lain dari yang lain. =)

 Allah sangat  sayang akan hambanya, dan kadang-kadang Allah tunjukkan rasa sayang tu dengan cara yang berbeza, mungkin Dia akan tunjukkan dengan gembirakan kita, sedih, sakit, dan lain-lain. Kita kena ingat bahawa sifat Ar-Rahman itu amat luas sekali.
Tag :

Makan Udang dengan Vitamin C boleh menyebabkan keracunan Arsenik?


Baru-baru ni, artikel yang dah lama di alam maya iaitu artikel berkaitan memakan udang dan vitamin C boleh menyebabkan keracunan arsenik kembali tersebar di 'wall-wall' facebook

ya, memang tidak dinafikan arsenik merupakan bahan yang beracun yang boleh meyebabkan kematian.

Ada yang nampak je tajuk macam tu, tangan cepat je tekan 'share' tanpa ambil tahu apa  isi kandungan di dalam artikel tersebut. Nampak je 'makan udang + Vitamin C = Aresnik = racun = mati '. Cepat je percaya.

Jarang antara kita melihat dan meneliti terlebih dahulu artikel tersebut sebelum menyebarkannya.

Arsenik. Arsenik ni jika diperhatikan di periodic table bawah ni, ianya berada pada group yang ke 15. Maksudnya Arsenik ni merupakan sejenis element.

Seperti apa yang kita pelajari pada Kimia di tingkatan 4, pengertian elament ialah;

An element or chemical element is the simplest form of matter in that it cannot be further broken down using any chemical means.




Maksudnya, Arsenik merupakan sejenis element.Element tidak boleh terbentuk oleh dua benda ataupun lebih, kerana iannya telah pun berada dalam bentuk yang paling ringkas.

Sama jugalah dengan emas iaitu aurum. Emas tidak akan terbentuk oleh gabungan dua bahan atau lebih. Manatahu lepas ni keluar pula artikel keracunan emas gara-gara makan Ayam panggang dan Vitamin  C. Siapa tahu kan. :)

Kesimpulannya, lepas ni jika jumpa mana-mana artikel seperti ini, kaji selidik dahulu, dan barulah sebarkan.
Tag :

Tanda Hati Mati.

on Tuesday 10 January 2012

Hati, nak sebut tu senang je kan. Cuma 2 suku kata je ha dan ti. Tapi persoalan tentang hati ni tidak sesimple dengan sebutannya.

Hari ni nak tulis tentang tanda hati mati. Hati ni pandai jadi lembut, keras, hidup  dan mati. So, apa tanda jika hati kita mati?

Jom kita kenalpasti tanda hati mati, so bila dah kenal maka kita dapat elakkan hati kita dari mati, ataupun jika kita sudah ada tanda hati mati, maka kita hidupkan kembali hati kita. InsyaAllah.

Apakah Tanda Matinya hati?

"sebahagian tanda matinya hati adalah jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amal kebaikan(kewajiban) juga tidak menyesal jika terjadi sesuatu pelanggaran dosa."(Ibn Ataillah)

Simple je kan? tanda hati mati ni bila kita buat satu dosa tu, kita tak ada rasa bersalah pun. Contoh yang paling senang, bila terlajak tidur dan tertinggal solat subuh. Bangun pagi tu, kita tak rasa apa apa pun, rasa macam biasa je. hah, tu tanda hati dah mati.

So , jika kita ada tanda tu, buat something dengan hati kita. Jangan biarkan sahaja. Buat sesuatu.

okay. jom perbaiki hati kita.


Tag :

Dapat Jawab Exam tu pun rezeki dari Allah


Rezeki Allah bukannya sekadar si penjual mendapat jualan yang laris, kawan belanja makan tengah hari, mak bagi duit poket, dan lain-lain.
Jika diteliti, rezeki Allah ni melangit luas. Jika dihitung nescaya tidak terhitung. 

Minggu ni merupakan minggu peperiksaan terutmanaya bagi pelajar IPTA. Ada yang tinggal beberapa paper je lagi, ada yang baru start, ada yang dah pun habis. Tinggal menunggu balik rumah je.

Dapat menjawab paper exam tu pun merupakan salah satu jenis reseki yang Allah bagi kepada kita.  Maka ucapkanlah syukur jika perkara itu berlaku pada kita.

Jika mengikut konsep rezeki yang sebenar, Allah tidak akan beri rezeki kepada mereka yang tidak berusaha. Maka berusahalah agar mendapat reseki itu. Jika dah nak exam, maka usahalah untuk ulangkaji pelajaran. InsyaAllah, apa yang kita usahakan itu lah yang kita dapat.

Nak kongsi sikit selawat untuk murah rezeki.
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ
صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ
وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم


Allaahumma solli 'alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi 'u bihaa 'alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa 'alaa 'aalihi wasohbihi wasallim

WAHAI ALLAH RAHMATI DAN KURNIAKANLAH
KESEJAHTERAAN ATAS MUHAMMAD RASULULLAH
DAN SELAWAT YANG DAPAT MELAPANGKAN REZEKI KAMI
DAN MENJADIKAN BAIKNYA AKHLAK KAMI
DAN CURAHKANLAH KESEJAHTERAAN
ATAS KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA

Tag :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Sadun | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO