Jumaat kah ini?

on Saturday 25 February 2012

Seperti biasa hari tu, bersiap nak ke masjid solat jumaat. Berbeza dengan hari-hari biasa, hari tu memakai kopiah.

Turun ja  tengok budak-budak yang pakai motor tak da langsung. Selalu waktu-waktu cam ni mesti dah ramai yang turun untuk bersiap ke Masjid.

Tiba-tiba terbisik dalam hati. 

"Jumaat kah hari ini?"

Disorienteed kejap, aku tengok tarikh dalam hanphone memang hari jumaat. Tapi tak mustahil tarikah dalam handphone tu salah.

Aku cuba cari sebanyak mungkin bukti yang hari tu merupakan hari jumaat. Pelik , tidak nampak seorang pun yang berpakaain seperti hendak ke masjid hari tu.

Terdengar bacaan al-quran dari masjid ygn berdekatan. Terubat sedikit pertanyaan dalam hati. ya mungkin hari tu betul la hari jumaat. Tapi still confuse dan tidak pasti.

last-last, datang ke depan masjid, ya, baru puas hati. hari tu merupakan hari jumaat.

Memang disoriented betul la masa tu. Cuba bayangkan kalau hari tu bukan hari jumaat. Siap pakai kopiah putih tu. nak cover line pun memang tak dapat.

Tag :

You are the best decision that i've ever made

on Tuesday 21 February 2012

Aku perlukan masa sehari untuk membalas kata-kata kau. Biarpun aku fikir sehari tidak memadai untuk membuat keputusan sebegini. Aku tidak pandang perkara ini perkara ringan. Ini merupakan satu keputusan yang bakal mengubah hidup aku.Sama seperti aku mengubah  aliran kursus di saat-saat akhir di matrikulasi dahulu.

Ini merupakan satu keputusan yang berat, setelah aku pernah berjanji pada diri aku untuk tidak akan ada apa-apa hubungan hati sebelum diri aku bersedia sepenuhnya. Aku tidak pandang ringan keputusan ini, dan aku harap kau pun sama tika meluahkan kata-kata itu.

Menerima seseorang hadir dalam hidup kita juga bermaksud kita menerima  risiko diri akan disakiti. Aku fikir semua tentang risiko itu, tetapi semua itu dapat ditutup oleh kata-kat tika kau melafazkannya.

Kau buat aku terkedu tak tahu nak jawab apa. Rasa terharu. Aku tahu, bagi seorang perempuan melafazkan kata-kata itu perlukan kekuatan yang sangat tinggi dan kau lakukannya.

waktu itu, aku teringat berkenaan hadis ini;

dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah SAW dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi SAW dan menawar dirinya demi kebaikan”

And I choose You.



You are the best decision that I've ever made.
Tag :

Layakkah kita Untuk bersedih

on Monday 20 February 2012


Keputusan peperiksaan semester baru je keluar. Ramailah yang update status dekat facebook.
Kebanyakkanya mengucapkan syukur di atas keputusan yang diperolehi.

Tapi yang spoil sikit bila ucapkan Alhamdulillah, ada perkataan 'walaupun'.

contoh.
"Syukur Alhamdulillah, dapat result yang memuaskan walaupun tidak mencapai target".

Apa-apapun, bukan itu yang nak diceritakan. Ada sesetengah bersedih kerana result mereka. Seolah-lah mereka lah yang paling malang sekali.

Contoh senario;

A: Result ko berapa?
B: Ok la,, syukur.Ko?
A: teruk la, tak capai target. Sedih kot.
B: Ala, janganlah sedih, ko dapat berapa?
A: 2.9 je.
B: Ala, ok la tu..Aku lagi teruk.
A: Berapa?
B: 2.3 je.
A: Oo, tak pelah. buat lagi lepas ni.
Tag :

Kenapa Ibu Kucing yang baru bersalin selalu angkat anak untuk pindahkan tempat?

on Friday 10 February 2012

Salam. Siapa yang ada kucing di rumah mesti pernah melihat kan kelakuan ibu kucing yang baru melahirkan anak, ibu kucing tu rasa macam tak tenang je, angkat anak ke sana ke mari.

Kadang-kadang tempat yang menjadi pilihan ibu kucing tu ialah almari baju kita. Kita sedaya upaya halang kucing tu untuk membawa anaknya ke sana ke mari, selain bimbangkan keselamatan anak tersebut, bimbang juga tempat tidur kita , alamari, dan lain-lain tempat di dalam rumah menjadi tempat kucing tersebut meletakkan anak.

Kita terfikir , kenapalah ibu kucing tu nak sangat pindah-pindah tempat. Kesian anak kucing tu, kadang-kadang ada yang mati sebab dah lama sangat ibu kucing tu kendong guna mulut dia. Kadang-kadang ada yang dah sampai luka leher anak kucing tu.

Tapi, tahukah anda bahawa ibu kucing tu ada sebab kenapa berbuat demikian. Ianya disebabkan, apabila tempat ibu kcuing itu telah digunakan selama 2-3 hari, tempat itu akan menjadi kotor dek najis-najis anak-anak kucing yang baru lahir itu. Naluri si ibu kcuing, inginkan kebersihan yang terbaik buat anak-anaknya, maka si ibu kucing mencari tempat yang baru yang lebih bersih.

So, kesimpulannya, ibu kucing bukannya saja-saja nak kendong anak-anaknya yang baru lahir tu ke sana ke mari, tapi disebabkan ianya hendak mencari tempat baru yang lebih bersih.Maka, kita sebagai tuan kucing kenalah faham benda ni, dan sentiasalah sediakan tempat yang bersih untuk kucing yang baru melahirkan anak.
Tag :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Sadun | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO