Salam Maulidur Rasul. Hakikat sebenar

on Sunday, 5 February 2012


Assalamualaikum semua.

Menurut kalendar Islam, hari ini merupakan 12 Rabiulawal. Maknanya, hari ini merupakan Hari Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad.

Kita sebagai orang Islam, cinta selepas kepada Allah adalah kepada Rasulullah. Sejauh mana kita kenal Rasulullah? Adakah kita tahu perjalanan hidup Rasulullah dari baginda lahir hinggalah wafat?

Aku mengaku pada diri sendiri, aku masih lagi tidak dapat menceritakan dengan yakin dan betul perjalanan hidup insan bernama Muhammad.

Ya, sungguh jahil diri ini. Mungkin jika anak berumur 10 tahun bertanya kepada aku, kenapa kita sambut Maulidur Rasul, aku masih lagi tidak dapat menjawab persoalan itu dengan tepat melainkan jawapan;
Hari kelahiran Nabi, maka kita kena sambut.

Jika anak kecil bertanya kepada aku, siapa Nabi Muhammad ? Yang dapat aku jawab hanyalah;

Nabi Muhammd merupakan nabi kita. 

Itu belum lagi hal dalam menjadikan sunnah Rasulullah sebgai ikutan. Masih banyak sunnah Rasulullah yang ditinggalkan.

Sebagai contoh, Nabi telah ajarkan kepada kita doa masuk tandas, tapi dalam umur yang kian meningkat dewasa ini entah berapa kali sahaja aku praktikkan untuk membaca doa sebelum masuk tandas.

Benda yang 'constant' dilakukan hanyalah membaca doa sebelum makan.

Terasa diri sangat jauh dari sunnah mu ya Rasulullah. Padahal engkau telah pun bersabda ;

 Sesiapa yang tidak mahu mengikut sunnahku, maka dia bukan daripada umatku.” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 5063)

Mari sama-sama kita imarahkan sunnah rasulullah. Dan kita sama-sama mengingati setiap detik mengenai Rasulullah. Dan cara mengingati Rasulullah yang paling senang menggunakan lisan adalah dengan berselawat kepada baginda Rasulullah
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Sadun | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO