Pengalaman Lawatan Ke rumah anak-anak Yatim

on Sunday, 25 March 2012

Baru je semalam pergi buat lawatan kat rumah anak-anak yatim damai kuang selangor. Apa yang boleh aku katakan, ni merupakan program yang sangat best sepanjang aku duduk U ni.

Walaupun pengisian dalam program ini kurang sedikit, tapi apa yang penting ialah bila dapat berjumpa dengan adik-adik di rumah anak yatim tu.

Sampai je kat tempat tu, tengok budak-budak lelaki tengah bersenam. Selesai turunkan semua barang-barang dari bas. Kitorang setup semua brang-barang tu untuk persediaan  aktiviti  pertama senaman.


tu dia abang-abg fasi tengah lead senamrobik pagi tu.

dah lepas tu, kitorang kena bagi kumpulan untuk LDK. Pada permulaannya, aku tak ditugaskan langsung pun untuk handle LDK. Tapi disebabkan rasa tak best kalau tak ada LDK, maka aku men-volunter-kan diri masuk kt group LDK secara random.

dah masuk dalam group LDK, maka tiba lah sesi berkenal-kenalan. Seperti biasa kitorang berkenalan cam biasa. Walaupun memang susah sikit nak ingat nama budak-budak ni . Ye lah ada 9  orang semua dalam group. Tapi adalah juga yang berjaya diingati. Mungkin disebabkan karakter mereka.

COntoh aku ingat  budak nama Nabila , sebab budak tu yang paling kecik sekali, paling hyperctive. Suka tanya.


tu dia nabila yang kat depan tu.

Masa aktiviti explorace, ada satu tempat tu, tinggi dalam 5 kaki, selamba je budak tu terjun dari tempat tu, aku nak terjun pun pikir 2 kali..ahaha.

dah selesai pertandingan cheers, explorace. Kitorang rehat-rehat.  masa rehat tu adalah 2,3 orang budak dari group lain yang fasi dorang belanja makan aiskrim.

Dalam hati aku, "dah la tak bawa duit, habisla kalau budak-budak ni minta belanja"..

Tiba-tiba,
"abg dun , belanja kitorang makan aiskrim"
aishh, aku pun dengan muka cover,
"boleh-boleh, jap ya." Sambil pergi kat member lain pinjam duit.hehe
"Okeh, jom abang belanja makan aisrkim"
Punya main gembira budak-budak tu..
bagi duit kat budak yang paling senior dalam group tu. Isma.
"Isma, belikan adik-adik ni aikrim" Sambil hulur wang pinjam bernilai RM50  itu.hehehe

Selesai tu, rehat jap dalam surau.. tunggu zohor.Dalam surau tu,Bila aku bukak je laptop, zuppp, semua budak-budak berkumpul depan laptop tu nak tengok apa yang aku buat. Walaupun aku bukannya pun nak main game, tapi nak buat kerja utk multimedia nanti.

Sampaikan dorg tutup laptop aku gara-gara nak tengok apa yang ada kat dalam laptop tu.

dah siap semua tu, tiba masa pula untuk program kat dalam dewan.

Dipendekkan cerita, program kat dewan selesai. Group aku tak menang apa-apapun, di kejauhan adik-adik dalam group tengok kat aku. Aku cakap. "kita tak menang apa-apa" sambil senyum. DOrang senyum balik.hehe.

dah selesai part nak berpisah tu, sedih jugakal, walaupun memang sekejap je dapat jumpa dorang tapi rasa sanga best.

Tengok senyuman dorang, gelak ketawa dorang, sampaikan aku tak terpikir dengan keadaan yang mereka lalui ini.

Dah nak habis program tu. Sorang adik tu datang. Adik dayana..
"bang, dorang nak minta no telefon abg". sambil tunjuk kat adik-adik lain dalam group tu, adik isma, ain, tasha..
tengah tulis kat kertas no tel tu, tasha, ain dengan isma tu datang.
"bang dun ada fb tak?"
aku pun dengan bangganya cakap ya, sambil tulis kat atas kertas tu.
hehe.

"Abg Dun, tangkap gambar kitorang boleh?"
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Sadun | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO