Perkongsian Malam Bina Iman Dan Takwa(MABIT)

on Sunday 8 April 2012

Sabtu lepas join kawan pergi 1 program anjuran pelajar-pelajar UIA. Nama program tu MABIT. Serius, dah lama tak join program macam ni sejak masuk universiti ni.

Seperti biasa, program tu start pukul 9 malam hingga pukul 8 pagi esoknya. Sekali sekala berada dalam suasana agama macam tu, Allah, seronoknya, banyak benda dapat dibincangkan disamping dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru.



Semua student UIA peramah giler. Tapi bukan student je yang join, orang dewasa pun ada gak yang join.

Start dengan kuliah bertajuk pasal mati. seperti biasa, dengar kuliah pasal mati, cara menghadapi kematian. Ustaz tu kongsi dan kupas berkenaan  10 Amalan muslim bagi menghadapi kematian.

Lepas tu ada sesi LDK, dapat 1 kumpulan dengan budak-budak UIA,Allah. terasa kerdil sangat diri ni. Ilmu dorang semua mantap-mantap, dapat kupas 1-1 ayat yang ditadabbur.

Surah yang menjadi pilihan ialah surah Al-Qiyamah. Secara kasarnya surah tu menerangkan berkenaan hari kiamat, ataupun hari pembalasan.

Selesai buat benda tu, ada supper sikit, and waktu ni lah sempat beramah mesra bercakap-cakap dengan seorang abang ni, banyak topik yang dibincangkan, antara yang paling best bincang pasal kahwin.hehe. nanti aku tulis pda next entry. Ingatkan aku.

lepas borak-borak ngan abang, tidur dalam pukul 2. dalam pukul 4 pagi, terjaga oleh alunan zikir seorang ustaz. tepat pukul 4.45 qiamulail dijalankan.

selesai qiam, solat subuh, al-mathurat dan kemudian ada sedikit riadah.sarapan dalam dulang. and then balik.hehe

memang besat la. sebab ddah lama tak rasa suasana agama macam dalam program tu..hehe

wallahualam.
Tag :

Cara Ramal Cuaca dengan secawan kopi

on Tuesday 3 April 2012

waa, tajuk.. bukan main lagi. baiklah hari ini aku nak share something. iaitu cara nak ramal cuaca menggunakan secawan air kopi.

Sediakan air panas, dan tuang kopi ke dalam cawan tadi.
Watch the bubbles

Jika buih dalam cawan tu bergerak ke tepi, ini menandakan cuaca cerah untuk 12 jam yang akan datang.

tapi jika buih tersebut tidak bergerak ke mana-mana, ini menandakan dalam masa 12 jam akan datang, hujan akan turun.

dan jika buih bergerak perlahan-lahan ke tepi, ini menandakan hari  akan hujan tetapi hujan akan berhenti dalam beberapa jam sahaja..

Theory

secara ringkasnya, terori di sebalik ini ialah. Tekanan yang tinggi menandakan hari cerah, dan tekanan tinggi akan menyebabkan buih bergerak.
Manakala, tekanan yang rendah menandakan hari hujan dana tekanan yang rendah tidak akan mengubah pergerakan buih dalam air kopi.

hehehe. ini secara teori sahaja, tapi kalau nak try .. boleh je. tryla.
Tag :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Sadun | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO