Amalan kita

on Monday 26 March 2012



Perbuatan buruk yang kita lakukan nescaya akan merosakkan amalan baik yang pernah kita lakukan..

"wahai orang2 yg beriman, taatilah Allah dan Rasul dan jangnlah kamu rosakkan amalanmu(dengan perbuatan buruk)". - Surah Muhammad ayat 33.
Tag :

Pengalaman Lawatan Ke rumah anak-anak Yatim

on Sunday 25 March 2012

Baru je semalam pergi buat lawatan kat rumah anak-anak yatim damai kuang selangor. Apa yang boleh aku katakan, ni merupakan program yang sangat best sepanjang aku duduk U ni.

Walaupun pengisian dalam program ini kurang sedikit, tapi apa yang penting ialah bila dapat berjumpa dengan adik-adik di rumah anak yatim tu.

Sampai je kat tempat tu, tengok budak-budak lelaki tengah bersenam. Selesai turunkan semua barang-barang dari bas. Kitorang setup semua brang-barang tu untuk persediaan  aktiviti  pertama senaman.


tu dia abang-abg fasi tengah lead senamrobik pagi tu.

dah lepas tu, kitorang kena bagi kumpulan untuk LDK. Pada permulaannya, aku tak ditugaskan langsung pun untuk handle LDK. Tapi disebabkan rasa tak best kalau tak ada LDK, maka aku men-volunter-kan diri masuk kt group LDK secara random.

dah masuk dalam group LDK, maka tiba lah sesi berkenal-kenalan. Seperti biasa kitorang berkenalan cam biasa. Walaupun memang susah sikit nak ingat nama budak-budak ni . Ye lah ada 9  orang semua dalam group. Tapi adalah juga yang berjaya diingati. Mungkin disebabkan karakter mereka.

COntoh aku ingat  budak nama Nabila , sebab budak tu yang paling kecik sekali, paling hyperctive. Suka tanya.


tu dia nabila yang kat depan tu.

Masa aktiviti explorace, ada satu tempat tu, tinggi dalam 5 kaki, selamba je budak tu terjun dari tempat tu, aku nak terjun pun pikir 2 kali..ahaha.

dah selesai pertandingan cheers, explorace. Kitorang rehat-rehat.  masa rehat tu adalah 2,3 orang budak dari group lain yang fasi dorang belanja makan aiskrim.

Dalam hati aku, "dah la tak bawa duit, habisla kalau budak-budak ni minta belanja"..

Tiba-tiba,
"abg dun , belanja kitorang makan aiskrim"
aishh, aku pun dengan muka cover,
"boleh-boleh, jap ya." Sambil pergi kat member lain pinjam duit.hehe
"Okeh, jom abang belanja makan aisrkim"
Punya main gembira budak-budak tu..
bagi duit kat budak yang paling senior dalam group tu. Isma.
"Isma, belikan adik-adik ni aikrim" Sambil hulur wang pinjam bernilai RM50  itu.hehehe

Selesai tu, rehat jap dalam surau.. tunggu zohor.Dalam surau tu,Bila aku bukak je laptop, zuppp, semua budak-budak berkumpul depan laptop tu nak tengok apa yang aku buat. Walaupun aku bukannya pun nak main game, tapi nak buat kerja utk multimedia nanti.

Sampaikan dorg tutup laptop aku gara-gara nak tengok apa yang ada kat dalam laptop tu.

dah siap semua tu, tiba masa pula untuk program kat dalam dewan.

Dipendekkan cerita, program kat dewan selesai. Group aku tak menang apa-apapun, di kejauhan adik-adik dalam group tengok kat aku. Aku cakap. "kita tak menang apa-apa" sambil senyum. DOrang senyum balik.hehe.

dah selesai part nak berpisah tu, sedih jugakal, walaupun memang sekejap je dapat jumpa dorang tapi rasa sanga best.

Tengok senyuman dorang, gelak ketawa dorang, sampaikan aku tak terpikir dengan keadaan yang mereka lalui ini.

Dah nak habis program tu. Sorang adik tu datang. Adik dayana..
"bang, dorang nak minta no telefon abg". sambil tunjuk kat adik-adik lain dalam group tu, adik isma, ain, tasha..
tengah tulis kat kertas no tel tu, tasha, ain dengan isma tu datang.
"bang dun ada fb tak?"
aku pun dengan bangganya cakap ya, sambil tulis kat atas kertas tu.
hehe.

"Abg Dun, tangkap gambar kitorang boleh?"
Tag :

Ilmu itu cahaya, tapi kenapa ada yang stress masa menimba ilmu?

on Monday 5 March 2012


Duduk sorang-sorang dalam bilik. Khusyuk menhghadap laptop. Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Buka pintu kawan . Jemput kawan masuk.

Kawan aku tu ambil kos perubatan di UKM ni, masuk-masuk je dia cakap.

"aih, hari ni langsung tak study. Jumaat depan dah nak exam".

Aku pun jawab la macam biasa. jawapan seorang kawan.

"alaa, rilek la".

Tiba-tiba dia ajukan soalan.

"Mengapa masa mennuntut ilmu boleh stress?Padahal ilmu itu cahaya."

Aku terdiam kejap. Dalam hati aku, betul juga, tak pernah pun terfikir.

Dia tambah lagi.

"cuba tengok, masa kita baca buku-buku agama, tafsir, sirah nabi ke, tak depun stress kan? Tapi bila study ni rasa stress pulak. Ni semua sebab exam ni"

Dia tanya, dia yang bagi jawapan balik dekat aku. Aku pun rasa setuju juga dengan apa yang dia cakap tu, exam menyebabkan stress. Semua orang nak berlumba-lumba dapatkan gred yang okay supaya jadi antara yang terbaik, atau paling kurang pun supaya dapat meneruskan pengajian.

Aku try update status facebook bertanyakan hal ni kepada kawan-kawan lain. Ada macam-macam jawapan.

Ada yang jawab
sebab menuntut ilmu bukan kerana Allah.

Maksudnya, adakah semua orang di dalam dunia ini yang sedang menuntut ilmu di universiti semuanya bukan kerana Allah. Sebab kebanykan dari mereka, bukan kebanykan tapi aku rasa semua mesti pernah mengalami stress.

So, setuju tak bila aku cakap exam-orienteed ni yang membawa kepada stress?
Tag :

Islam Tak pernah Suruh perangi orang kafir

on Sunday 4 March 2012


Ramai masyarakat dunia sekarang yang berpendapat bahawa islam ini agam terrorist. Mereka menyangka bahawa sesiapa sahaja yang berlainan agama dengan mereka mesti diperangi.

Padahal bukan begitu sebenarnya apa yang Islam ajar. Allah telah berfirman dalam Al-quran megenai golongan kafir yang wajib diperangi.

Allah berfirman;
Mengapa kamu tidak suka memerangi kaum yang merosakkan oerjanjian dan ingin mengusir Nabi, sedangkan mereka yang mula-mula memerangi kamu? Mengapakah kamu takut kepada mereka sedangkan Allah yang patut kamu takuti jika kamu orang yang beriman? - At-Taubah ayat 13.
Ayat di atas juga menjelaskan bahawa perangilah orang yang memulakan peperangan ke atas kamu. Dan inilah yang dilakukan oleh masyarakat Islam di palestin, lubnan, syria, afghanistan dan lain-lain.

Kesimpualannya, Islam bukanlah agama terrorist yang akan memerangi sesiapa sahaja yang berlainan agama dengan mereka.  Tetapi Islam telah pun menetapkan panduan golongan manakah yang wajib diperangi.

Wallhualam.
Tag :

TOLONG BUAT BLOG

aku tolong abang aku buat blog untuk projek pjj dia. kena upload image sini. senang sikit.
Tag :

Apabila datang orang kafir kepadamu.

on Friday 2 March 2012


Allah berfirman dalam surah At-taubah ayat 6,
dan jika seseorang dari org musyrik meminta perlindungan ke atas kamu, maka berilah ia perlindungan, sehingga (ia sempat) untuk mendengar keterangan Allah. Kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang dirasakannya aman. Perintah tersebut ialah kerana mereka itu tidak mengetahui.
Ayat ini menerangkan bahawa jika datang  orang kafir kepada kita dan meminta perlindungan, maka berilah kepada mereka. Dan jika boleh biarkan mereka mendengara apa isi ayat0ayat quran itu. atau dalam erti kata lain kita sebarkan Islam kepada mereka.

Menjadi kewajiban kepad kita untuk menyampaikan apa yang terkandung dalam al-quran tidak kira yang beragama islam mahupun tidak..
Tag :

Masih Ada Yang Sayang



Tag :

Mengenali Orang Lain Membuatkan kita mengenali diri kita

on Thursday 1 March 2012

Orang selalu cakap, kenali lah diri anda dahulu bagaimana barulah anda cuba mengenali diri orang lain.

Kita perlu tahu bahawa, proses mengenali diri sendiri bukannya melibatkan kita sorang saja. Kadang-kadang melibatkan orang lain.

Kita dah rasa yang diri kita kenal siapa kita, tapi selalunya anggapan kita itu akan meleset apabila kita cuba mengenali seseorang.

Maksudnya di sini ialah mengenali sesorang itu lebih rapat lebih dari seorang kawan.

Bila dah kenal orang lain, baru lah kita sedar yang perangai kita macam ni bila berhadapan dengan perkara macam itu. Perangai kita macam itu bila berhadapan dengan perkara macam tu.

So, kenali lah orang lain untuk mengenali diri kita. Tetapi yang paling penting dalam hidup kita ialah mengenali Pencipta kita.
Tag :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Sadun | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO