Duduk sorang-sorang dalam bilik. Khusyuk menhghadap laptop. Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Buka pintu kawan . Jemput kawan masuk.
Kawan aku tu ambil kos perubatan di UKM ni, masuk-masuk je dia cakap.
"aih, hari ni langsung tak study. Jumaat depan dah nak exam".
Aku pun jawab la macam biasa. jawapan seorang kawan.
"alaa, rilek la".
Tiba-tiba dia ajukan soalan.
"Mengapa masa mennuntut ilmu boleh stress?Padahal ilmu itu cahaya."
Aku terdiam kejap. Dalam hati aku, betul juga, tak pernah pun terfikir.
Dia tambah lagi.
"cuba tengok, masa kita baca buku-buku agama, tafsir, sirah nabi ke, tak depun stress kan? Tapi bila study ni rasa stress pulak. Ni semua sebab exam ni"
Dia tanya, dia yang bagi jawapan balik dekat aku. Aku pun rasa setuju juga dengan apa yang dia cakap tu, exam menyebabkan stress. Semua orang nak berlumba-lumba dapatkan gred yang okay supaya jadi antara yang terbaik, atau paling kurang pun supaya dapat meneruskan pengajian.
Aku try update status facebook bertanyakan hal ni kepada kawan-kawan lain. Ada macam-macam jawapan.
Ada yang jawab
sebab menuntut ilmu bukan kerana Allah.
Maksudnya, adakah semua orang di dalam dunia ini yang sedang menuntut ilmu di universiti semuanya bukan kerana Allah. Sebab kebanykan dari mereka, bukan kebanykan tapi aku rasa semua mesti pernah mengalami stress.
So, setuju tak bila aku cakap exam-orienteed ni yang membawa kepada stress?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment