You are the best decision that i've ever made

on Tuesday, 21 February 2012

Aku perlukan masa sehari untuk membalas kata-kata kau. Biarpun aku fikir sehari tidak memadai untuk membuat keputusan sebegini. Aku tidak pandang perkara ini perkara ringan. Ini merupakan satu keputusan yang bakal mengubah hidup aku.Sama seperti aku mengubah  aliran kursus di saat-saat akhir di matrikulasi dahulu.

Ini merupakan satu keputusan yang berat, setelah aku pernah berjanji pada diri aku untuk tidak akan ada apa-apa hubungan hati sebelum diri aku bersedia sepenuhnya. Aku tidak pandang ringan keputusan ini, dan aku harap kau pun sama tika meluahkan kata-kata itu.

Menerima seseorang hadir dalam hidup kita juga bermaksud kita menerima  risiko diri akan disakiti. Aku fikir semua tentang risiko itu, tetapi semua itu dapat ditutup oleh kata-kat tika kau melafazkannya.

Kau buat aku terkedu tak tahu nak jawab apa. Rasa terharu. Aku tahu, bagi seorang perempuan melafazkan kata-kata itu perlukan kekuatan yang sangat tinggi dan kau lakukannya.

waktu itu, aku teringat berkenaan hadis ini;

dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah SAW dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi SAW dan menawar dirinya demi kebaikan”

And I choose You.



You are the best decision that I've ever made.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Sadun | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO