Bagi aku, ada rasa sayang bukanlah benda yang ringan. Sekali kita dah ada rasa sayang, bukannya hanya sekadar diucapkan pada mulut sahaja. Tetapi benda ini merupakan tanggunggjawab.
Maksudnya di sini, bila kita ada rasa sayang, kita telah menjinjing satu tanggungjawab.
Kita ambil satu contoh, bila kita sayang pada Ibu bapa kita. Benda tu bukannya sekadar di sana sahaja. Bukan sekadar, 'mak, saya sayang mak!".
Bukan hanya pada ayat yg keluar pada mulut kita. Tetapi perlu dibuktikan. Sebagai contoh, kita belajar bersungguh-sungguh di sekolah bagi menggembirakan maka ayah kita bila kita mendapat keputusan yang baik.
Contoh lain pula, cinta berlainan jantina. Once, kita dah ada perasaan sayang pada seseorang, jangan ambil mudah perkara tersebut. benda tu merupakan tanggungjawab. Mungkin selepas kita menyatakan rasa sayang itu, maka benda yang perlu kita pikul ialah, cuba untuk setia padanya. Jangan melukakan hatinya, dan sentiasa buat dia gembira.
Sama juga dengan rasa sayang pada benda tidak bernyawa, sebagai contoh motor. Sayang pada motor kita, kena jaga baik-baik motor tu, jangan bagi rosak. Kalau ada rosak pun cepat-cepat baiki.
So, secara kesimpulannya, rasa sayang ini bukannya benda yang ringan. Tetapi ianya merupakan satu bentuk TANGGUNGJAWAB yang perlu di pikul.
So, kepada yang dah ada rasa sayang tu, anggap perasaan tu merupakan tanggungjawab dan insyaAllah kita akan ada perasaan untuk cuba buat yang terbaik untuk mejaga tanggungjawab itu.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment